

JABATAN REKOD PERUBATAN HOSPITAL SEGAMAT
Menyelenggara rekod perubatan serta maklumat kesihatan secara berkesan untuk menghasilkan pengurusan perawatan pesakit dan pengurusan perkhidmatan hospital secara cekap dan dapat mencapai tahap kepuasan pelanggan yang di tetapkan. | |
Memastikan setiap permohonan laporan perubatan dapat di siapkan dalam tempoh 28 hari bekerja seperti ketetapan Hospital Performance Indicator Accountability (HPIA). | |
Mewujudkan sistem pengurusan data dengan menyediakan statistik kesihatan yang tepat dan terperinci kepada pengurusan hospital. |

JABATAN REKOD PERUBATAN HOSPITAL SEGAMAT
Fungsi utama Jabatan Rekod Perubatan ialah menyimpan, menyedia dan mengawal rekod-rekod pesakit, menjaga kerahsiaan maklumat kesihatan, merekod diagnosis penyakit dan prosedur pembedahan pesakit, menjaga ketepatan data demografik pesakit dan menyediakan statistik hospital (klinikal dan bukan klinikal) untuk pengurusan, penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.